Thursday, August 6, 2015

Cara Mudah Cantum Princess-line

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai orang suka untuk menghasilkan baju Princess Cut dengan kemas dan cantik. Tapi ramaikah yang tahu cara yang paling mudah untuk mencantumnya?

Jom kita belajar!

Saya menggunakan separuh badan untuk memudahkan semua faham cara menjahit bahagian lengkungan Princess Cut.

PANEL 1 & 2 BELAKANG BADAN PRINCESS CUT

Panel 1 Belakang Badan

Panel 2 Belakang Badan


Panel 1 & 2 Belakang Badan

SUSUNAN PANEL UNTUK DI JAHIT

Letakkan Panel 1 di atas Panel 2

Pinkan Panel satu mengikut lengkungan Panel 2
Kemudian ratakan bahagian yang ingin di jahit
Pinkan secara melintang

CARA JAHIT PRINCESS CUT

Jahit lurus dengan basi jahitan setengah inci
Kekalkan kedudukan melengkung seperti tadi 


Buka jahitan dan gosok bahagian jahitan dalan serta luar pirincess line
Jahitan akan lebih kemas

Terima Kasih. Selamat Mencuba!!




Saturday, July 4, 2015

Melakar Pola Akhir Dress & Lengan

Setelah saya kongsikan cara melakar pola asas dress dan lengan, hari ini saya mahu kongsikan rupa bentuk pola akhir yang sudah di tambah basi jahitan. Insyallah semua follower boleh mengimaginasikan pola dress ini. Pola akhir ini di gunakan untuk menggunting fabrik. Dress asas ini juga di kenali sebagai Dress A-Cut atau Sheath.

BADAN HADAPAN

Setelah di buka 


BADAN BELAKANG

Tambah basi jahitan keliling.


LAPEL (LAPIK LEHER)

Langkah-langkah membuat lapik leher akhir.


LENGAN




Pola-pola ini adalah hasil daripada pola yang di lakar semalam dan akan menghasilkan sehelai Dress Asas.

SERTAI WORKSHOP ONLINE POLA

Workshop akan di adakan selepas hari raya 2015.
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Klik gambar.


Monday, June 29, 2015

Melakar Pola Asas Lengan

Baiklah seperti yang semua pembaca minta, saya update topik cara mudah Melakar Pola Asas Lengan. Semoga nota kecil saya ini dapat membantu semua. Jangan lupa untuk menjadi FOLLOWER blog saya ini. Insyallah banyak lagi tips-tips yang bermanfaat akan saya kongsikan.


POLA ASAS LENGAN



Untuk pola lengan, saya menggunakan teknik bebeza sedikit. Bentuk lengan bahagian depan dan bahagian belakang agak berbeza sedikit. Mengikut kesesuaian baju.

Selamat Mencuba :)

Melakar Pola Asas Dress

Di bulan Ramadhan ini saya mahu sedekah ilmu kepada semua nota Melakar Pola Asas Dress.


BADAN HADAPAN



BADAN BELAKANG




LAPIK LEHER





RUJUKAN

TITIK 3 = Tanda lipatan fabrik
ANAK PANAH = Garis ira fabrik
GTH = Garis Tengah Hadapan
GTB =  Garis Tengah Belakang


SELAMAT MENCUBA :)


Wednesday, April 29, 2015

Jahit Leher Menyusu Berbutang

Kali ini saya mahu kongsikan cara menjahit leher Blouse, Kurung Biasa, Kurung Moden, Kurung Pahang atau Abaya. Bagi amatur boleh tiru gaya saya ya.

CARA-CARANYA :

Garis menggunakan kapur di bahagian tengah leher hadapan. Gris lurus elok-elok ukuran   hendaklah melebihi ukuran dada. Jika mahu membuat leher pada Abaya menggunakan teknik ini juga boleh, cuma ukuran garisan ini lebih pendek.


Potong interfacing (kertas gam) mengikut ukuran garis tadi dan buatkan basi keliling dalam 3cm
atau2 inci. Juga lidah (untuk lapik butang) di seblah kiri gambar itu dengan ukuran yang sama.


Kiri lidah lapik butang, kanan lapik leher baju.

Setelah itu gosok interfacing pada fabrik dan gunting. Untuk lapik leher baju (kanan gambar) digunting penuh mengikut interfacing. Bagi lapik butang (lidah) di potong seperti gambar (kiri gambar). Kemudian kemas tepi (jahit tepi) lapik leher baju.

Kiri lapik lidah butang, kanan lapik leher baju
yang sudah di kemas tepi.

Lipat ke belakang lapik butang dan jahit
bahagian atas dan bawahnya.

Selesai jahit atas dan bawah, terbalikan dan gosok.
Kemudian kemas tepi bahagian terbuka.

Jahit rulo sebagai lubang butang. Klik disini untuk mengetahui cara jahit rulo. 


Tandakan bahagian rulo di lidah lapik butang. Pastikan jahit rulo di bahagian kiri atau dekat dengan basi jahitan 0.5 inci (di bahagian kemasan tepi). Ini dalah bahagian atas.


Pinkan lapik leher baju pada bahagian leher & dada di garisan yang tadi. Kemudian gunting mengikut garisan. 


Setelah gunting masukan lidah lapik butang tadi di bawah lapik leher seperti dalam gambar. Iaitu sebelah kanan (kiri gambar). Masukan hingga nampak basi jahitan dari luar. Jahit tindih lapik ini sekaligus. Basi jahitan halus 3mm sahaja.


Setelah jahit tindih, gosok dan terbalikan. Hasilnya seperti di dalam gambar.

 

Selepas di terbalikan. Boleh jahit tindihh
di bahagian luar untuk kekemasan.

Alhamdulillah, siap juga. Jahit butang jangan lupa ya.












Thursday, April 2, 2015

Cara Menggunakan Pola Jahitan

Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu pola dan mungkin ramai yang masih belum tahu apa itu Pola Pakaian dan penggunaannya. Saya terdetik untuk menulis topik ini supaya ramai lagi rakyat Malaysia memahami dan mengetaui tentang Pola Pakaian.

Pola Pakaian adalah kepingan-kepingan kertas yang telah di lukis pelan pakaian seperti Blouse, Dress, Seluar dan sebagainya. Ia adalah kepingan panel-panel badan pakaian seperti lengan, badan, leher, kolar, poket dan banyak lagi.

Di lukis dulu pola asas.

Kepingan panel-panel pola.

Pola Pakaian di gunakan untuk memudahkan proses memotong fabrik. Pola akhir ini telah di lukis sekali dengan basi jahitan. Selepas memotong fabrik, anda boleh terus menjahit dengan mudah tanpa perlu menambah basi jahitan. Ia sangat membantu para penggemar jahitan dan kraf. Setiap Pola Pakaian sudah di tanda dengan tanda-tanda pola seperti garis ira, tanda lipatan, hadapan, belakang, zip, dan berapa kepingan untuk di potong. 

Pola di tulis dengan tanda pola.

Bentang fabrik mengikut ira dan letakan pola di atas fabrik.


Kemudian panel-panel pakaian yang di potong tadi siap untuk di jahit. Mudahkan?


Potong fabrik mengikut bentuk pola dan tandakan lisu jika di perlukan.


Blouse yang telah siap di jahit menggunakan pola.
Contoh pola keluaran saya.

Jenama di perbaharui. Dulu Sweet Pattern, saya keluarkan semula dengan menggunakan nama saya SIS AIN PATTERN dengan moto yang lebih jelas "Sewing Make Easy". Membantu para wanita, suri rumah dan pengusaha pakaian memotong fabrik juga menjahit dengan lebih mudah. Insyallah.






Wednesday, March 25, 2015

Langkah Mudah Menjahit Rulo

RULO  adalah salah satu lubang butang yang di buat menggunakan fabrik. Ia bukanlah di tebuk pada baju tetapi tali yang di buat untuk mencangkuk butang seperti di lengan dan dada baju. Kebiasaanya butang dan rulo di jahit pada baju kebaya, jubah dan dress. Jom cuba!

Jom Join group saya di Facebook FASHION SEWING (klik link).
LANGKAH 1
Fabrik di lipat serong atau lebih mudah di fahami "fold across grain". Lipat bertentangan ira fabrik dan jahit halus 0.3cm.

LANGKAH 2 
Gunting basi jahitan halus di tepi jahitan.

LANGKAH 3
Gunting tajam pada hujungnya.


 LANGKAH 4

Gunakan jarum tangan dan benang, matikan jahitan dengan jahitan kia. Matikan berulang-ulang.



 LANGKAH 5

Masukan jarum di celah lubang rulo. Teknik ini adalah untuk memudahkan rulo di tarik dan di terbalikan.



LANGKAH 6

Teruskan tarik hingga keseluruhan rulo dapat di terbalikan dan menjadi tali.



LANGKAH 7

Lipatkan mengikut ukuran yang di kehendaki dan potong. Ukuran rulo mengikut saiz butang.



LANGKAH 8

Tandakan basi jahitan pada pipping cuff.



LANGKAH 9

Bulatan rulo letakkan di bahagian dalam. Bukan pada basi jahitan cuff.



LANGKAH 10

Lipat pipping terbalik dan jahit tindih sekali dengan rulo. Gunakan jahitan yang paling halus.



LANGKAH 11

Terbalikan rulo, akan kelihatan seperti ini.


SELESAI....


Alhamdulillah. Selesai sharing dengan you all. Semoga membantu kerja you all.

Terima kasih. 

Sunday, March 15, 2015

Cara Jahit Viel Nikah

Assalamualaikum. Hello!

Di antara perkara yang aku suka lakukan adalah membuat rekaan Design Detail pada baju atau shawl. Tapi kali ini berbeza sikit kerjanya. Aku perlu jahit Design Detail pada Veil Nikah seorang kawan untuk hari perkahwinannya. So aku mahu kongsikan cara mudah untuk jahit lace dan pearl pada you all.

1. JAHIT KEMASAN TEPI

Sebelum kita memulakan menampal lace dan kita perli membuat kemasan tepi fabrik. Kebiasaannya untuk veil nikah kita perlu jahit "baby seam" atau kelim gulung.

2. GUNTING LACE & TAMPAL

Tampal bukan bermaksud tampal menggunakan gam tetapi jelujur halus. Lace di gunting dahulu mengikut design yang kita suka. Kemudian kita pinkan pada bahagian kepala veil border lace. Kita guntingkan bunga itu sekeping-sekeping dan pinkan jarak-jarak pada border lace. Fokus pada bahagian tengah kepala. Jahit jelujur kesemuanya. Jarak jelujur tidak boleh melebihi 1cm dan jelujur tidak boleh di sambung dari 1 bunga ke bunga yang lain. Kerana tidak akan menghasilkan jahitan perincian yang kemas.



Jelujur halus pada setiap bunga.
Elakkan sambung jelujur antara bunga.

3. JAHIT PEARL

Susun pearl jarak-jarak mengikut kelopak bunga dan daun. Tidak perlu susun rapat-rapat. Pilih pelbagai saiz pearl. Gunakan pearl yang paling besar saiz dengan memadai pada bung yang utama atau fokus utama pada lace. Matikan menggunakan jahitan kia. Pada pearl sebiji diatas fabrik chiffon perlu di matikan pada pearl tersebut dan elakan jahit sambung antara pearl yang lain.

Pelbagai saiz pearl dan sedikit manik silinder.

Letakkan pearl pada setiap kelopak. Elakkan susun pearl rapat-rapat.
Ikut kesesuaian saiz pearl.

4. TAMBAHKAN MANIK SILINDER.

Jahit manik silinder bertabur pada kelopak bunga dan tersusun pada daun. Pilih warna manik silinder yang sedikit menonjol seperti silver untuk veil warna putih supaya kelihatan berkilat.

Elakkan jelujur nampak dari pandangan luar.

5. SIAP.


Okay done! Aku hadiahkan kerja seni aku ni pada sahabat aku yang sudah nikah petang tadi.

You all boleh add aku di Facebook Sis Ain Melur untuk sebarang pertanyaan. Jemput join Group Facebook aku Fashion Sewing. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu you all.

Thank you very much rajin baca bebelan aku ni yep!

Adios.