Kali ini saya mahu kongsikan cara menjahit leher Blouse, Kurung Biasa, Kurung Moden, Kurung Pahang atau Abaya. Bagi amatur boleh tiru gaya saya ya.
CARA-CARANYA :
Garis menggunakan kapur di bahagian tengah leher hadapan. Gris lurus elok-elok ukuran hendaklah melebihi ukuran dada. Jika mahu membuat leher pada Abaya menggunakan teknik ini juga boleh, cuma ukuran garisan ini lebih pendek.
Setelah itu gosok interfacing pada fabrik dan gunting. Untuk lapik leher baju (kanan gambar) digunting penuh mengikut interfacing. Bagi lapik butang (lidah) di potong seperti gambar (kiri gambar). Kemudian kemas tepi (jahit tepi) lapik leher baju.
Jahit rulo sebagai lubang butang. Klik disini untuk mengetahui cara jahit rulo.
Tandakan bahagian rulo di lidah lapik butang. Pastikan jahit rulo di bahagian kiri atau dekat dengan basi jahitan 0.5 inci (di bahagian kemasan tepi). Ini dalah bahagian atas.

Potong interfacing (kertas gam) mengikut ukuran garis tadi dan buatkan basi keliling dalam 3cm
atau2 inci. Juga lidah (untuk lapik butang) di seblah kiri gambar itu dengan ukuran yang sama.
Kiri lidah lapik butang, kanan lapik leher baju. |
Setelah itu gosok interfacing pada fabrik dan gunting. Untuk lapik leher baju (kanan gambar) digunting penuh mengikut interfacing. Bagi lapik butang (lidah) di potong seperti gambar (kiri gambar). Kemudian kemas tepi (jahit tepi) lapik leher baju.
Kiri lapik lidah butang, kanan lapik leher baju yang sudah di kemas tepi. |
Lipat ke belakang lapik butang dan jahit bahagian atas dan bawahnya. |
Selesai jahit atas dan bawah, terbalikan dan gosok. Kemudian kemas tepi bahagian terbuka. |
Jahit rulo sebagai lubang butang. Klik disini untuk mengetahui cara jahit rulo.
Tandakan bahagian rulo di lidah lapik butang. Pastikan jahit rulo di bahagian kiri atau dekat dengan basi jahitan 0.5 inci (di bahagian kemasan tepi). Ini dalah bahagian atas.
Pinkan lapik leher baju pada bahagian leher & dada di garisan yang tadi. Kemudian gunting mengikut garisan.
Setelah gunting masukan lidah lapik butang tadi di bawah lapik leher seperti dalam gambar. Iaitu sebelah kanan (kiri gambar). Masukan hingga nampak basi jahitan dari luar. Jahit tindih lapik ini sekaligus. Basi jahitan halus 3mm sahaja.
Setelah jahit tindih, gosok dan terbalikan. Hasilnya seperti di dalam gambar.
Terima kasih dengan tutorial ni!
ReplyDelete