Wednesday, March 25, 2015

Langkah Mudah Menjahit Rulo

RULO  adalah salah satu lubang butang yang di buat menggunakan fabrik. Ia bukanlah di tebuk pada baju tetapi tali yang di buat untuk mencangkuk butang seperti di lengan dan dada baju. Kebiasaanya butang dan rulo di jahit pada baju kebaya, jubah dan dress. Jom cuba!

Jom Join group saya di Facebook FASHION SEWING (klik link).
LANGKAH 1
Fabrik di lipat serong atau lebih mudah di fahami "fold across grain". Lipat bertentangan ira fabrik dan jahit halus 0.3cm.

LANGKAH 2 
Gunting basi jahitan halus di tepi jahitan.

LANGKAH 3
Gunting tajam pada hujungnya.


 LANGKAH 4

Gunakan jarum tangan dan benang, matikan jahitan dengan jahitan kia. Matikan berulang-ulang.



 LANGKAH 5

Masukan jarum di celah lubang rulo. Teknik ini adalah untuk memudahkan rulo di tarik dan di terbalikan.



LANGKAH 6

Teruskan tarik hingga keseluruhan rulo dapat di terbalikan dan menjadi tali.



LANGKAH 7

Lipatkan mengikut ukuran yang di kehendaki dan potong. Ukuran rulo mengikut saiz butang.



LANGKAH 8

Tandakan basi jahitan pada pipping cuff.



LANGKAH 9

Bulatan rulo letakkan di bahagian dalam. Bukan pada basi jahitan cuff.



LANGKAH 10

Lipat pipping terbalik dan jahit tindih sekali dengan rulo. Gunakan jahitan yang paling halus.



LANGKAH 11

Terbalikan rulo, akan kelihatan seperti ini.


SELESAI....


Alhamdulillah. Selesai sharing dengan you all. Semoga membantu kerja you all.

Terima kasih. 

Sunday, March 15, 2015

Cara Jahit Viel Nikah

Assalamualaikum. Hello!

Di antara perkara yang aku suka lakukan adalah membuat rekaan Design Detail pada baju atau shawl. Tapi kali ini berbeza sikit kerjanya. Aku perlu jahit Design Detail pada Veil Nikah seorang kawan untuk hari perkahwinannya. So aku mahu kongsikan cara mudah untuk jahit lace dan pearl pada you all.

1. JAHIT KEMASAN TEPI

Sebelum kita memulakan menampal lace dan kita perli membuat kemasan tepi fabrik. Kebiasaannya untuk veil nikah kita perlu jahit "baby seam" atau kelim gulung.

2. GUNTING LACE & TAMPAL

Tampal bukan bermaksud tampal menggunakan gam tetapi jelujur halus. Lace di gunting dahulu mengikut design yang kita suka. Kemudian kita pinkan pada bahagian kepala veil border lace. Kita guntingkan bunga itu sekeping-sekeping dan pinkan jarak-jarak pada border lace. Fokus pada bahagian tengah kepala. Jahit jelujur kesemuanya. Jarak jelujur tidak boleh melebihi 1cm dan jelujur tidak boleh di sambung dari 1 bunga ke bunga yang lain. Kerana tidak akan menghasilkan jahitan perincian yang kemas.



Jelujur halus pada setiap bunga.
Elakkan sambung jelujur antara bunga.

3. JAHIT PEARL

Susun pearl jarak-jarak mengikut kelopak bunga dan daun. Tidak perlu susun rapat-rapat. Pilih pelbagai saiz pearl. Gunakan pearl yang paling besar saiz dengan memadai pada bung yang utama atau fokus utama pada lace. Matikan menggunakan jahitan kia. Pada pearl sebiji diatas fabrik chiffon perlu di matikan pada pearl tersebut dan elakan jahit sambung antara pearl yang lain.

Pelbagai saiz pearl dan sedikit manik silinder.

Letakkan pearl pada setiap kelopak. Elakkan susun pearl rapat-rapat.
Ikut kesesuaian saiz pearl.

4. TAMBAHKAN MANIK SILINDER.

Jahit manik silinder bertabur pada kelopak bunga dan tersusun pada daun. Pilih warna manik silinder yang sedikit menonjol seperti silver untuk veil warna putih supaya kelihatan berkilat.

Elakkan jelujur nampak dari pandangan luar.

5. SIAP.


Okay done! Aku hadiahkan kerja seni aku ni pada sahabat aku yang sudah nikah petang tadi.

You all boleh add aku di Facebook Sis Ain Melur untuk sebarang pertanyaan. Jemput join Group Facebook aku Fashion Sewing. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu you all.

Thank you very much rajin baca bebelan aku ni yep!

Adios.