Wednesday, April 29, 2015

Jahit Leher Menyusu Berbutang

Kali ini saya mahu kongsikan cara menjahit leher Blouse, Kurung Biasa, Kurung Moden, Kurung Pahang atau Abaya. Bagi amatur boleh tiru gaya saya ya.

CARA-CARANYA :

Garis menggunakan kapur di bahagian tengah leher hadapan. Gris lurus elok-elok ukuran   hendaklah melebihi ukuran dada. Jika mahu membuat leher pada Abaya menggunakan teknik ini juga boleh, cuma ukuran garisan ini lebih pendek.


Potong interfacing (kertas gam) mengikut ukuran garis tadi dan buatkan basi keliling dalam 3cm
atau2 inci. Juga lidah (untuk lapik butang) di seblah kiri gambar itu dengan ukuran yang sama.


Kiri lidah lapik butang, kanan lapik leher baju.

Setelah itu gosok interfacing pada fabrik dan gunting. Untuk lapik leher baju (kanan gambar) digunting penuh mengikut interfacing. Bagi lapik butang (lidah) di potong seperti gambar (kiri gambar). Kemudian kemas tepi (jahit tepi) lapik leher baju.

Kiri lapik lidah butang, kanan lapik leher baju
yang sudah di kemas tepi.

Lipat ke belakang lapik butang dan jahit
bahagian atas dan bawahnya.

Selesai jahit atas dan bawah, terbalikan dan gosok.
Kemudian kemas tepi bahagian terbuka.

Jahit rulo sebagai lubang butang. Klik disini untuk mengetahui cara jahit rulo. 


Tandakan bahagian rulo di lidah lapik butang. Pastikan jahit rulo di bahagian kiri atau dekat dengan basi jahitan 0.5 inci (di bahagian kemasan tepi). Ini dalah bahagian atas.


Pinkan lapik leher baju pada bahagian leher & dada di garisan yang tadi. Kemudian gunting mengikut garisan. 


Setelah gunting masukan lidah lapik butang tadi di bawah lapik leher seperti dalam gambar. Iaitu sebelah kanan (kiri gambar). Masukan hingga nampak basi jahitan dari luar. Jahit tindih lapik ini sekaligus. Basi jahitan halus 3mm sahaja.


Setelah jahit tindih, gosok dan terbalikan. Hasilnya seperti di dalam gambar.

 

Selepas di terbalikan. Boleh jahit tindihh
di bahagian luar untuk kekemasan.

Alhamdulillah, siap juga. Jahit butang jangan lupa ya.












Thursday, April 2, 2015

Cara Menggunakan Pola Jahitan

Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu pola dan mungkin ramai yang masih belum tahu apa itu Pola Pakaian dan penggunaannya. Saya terdetik untuk menulis topik ini supaya ramai lagi rakyat Malaysia memahami dan mengetaui tentang Pola Pakaian.

Pola Pakaian adalah kepingan-kepingan kertas yang telah di lukis pelan pakaian seperti Blouse, Dress, Seluar dan sebagainya. Ia adalah kepingan panel-panel badan pakaian seperti lengan, badan, leher, kolar, poket dan banyak lagi.

Di lukis dulu pola asas.

Kepingan panel-panel pola.

Pola Pakaian di gunakan untuk memudahkan proses memotong fabrik. Pola akhir ini telah di lukis sekali dengan basi jahitan. Selepas memotong fabrik, anda boleh terus menjahit dengan mudah tanpa perlu menambah basi jahitan. Ia sangat membantu para penggemar jahitan dan kraf. Setiap Pola Pakaian sudah di tanda dengan tanda-tanda pola seperti garis ira, tanda lipatan, hadapan, belakang, zip, dan berapa kepingan untuk di potong. 

Pola di tulis dengan tanda pola.

Bentang fabrik mengikut ira dan letakan pola di atas fabrik.


Kemudian panel-panel pakaian yang di potong tadi siap untuk di jahit. Mudahkan?


Potong fabrik mengikut bentuk pola dan tandakan lisu jika di perlukan.


Blouse yang telah siap di jahit menggunakan pola.
Contoh pola keluaran saya.

Jenama di perbaharui. Dulu Sweet Pattern, saya keluarkan semula dengan menggunakan nama saya SIS AIN PATTERN dengan moto yang lebih jelas "Sewing Make Easy". Membantu para wanita, suri rumah dan pengusaha pakaian memotong fabrik juga menjahit dengan lebih mudah. Insyallah.